Bekas naib presiden Umno Isa Samad akan mula menjalani hukuman penjara hari ini selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan rasuah dan hukuman penjara terhadapnya pagi ini.
Bekas pengerusi Felda itu sebelum ini disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2021 dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta.
Dia kemudian dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Rayuan pada 2024.
Hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Nordin Hassan membenarkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa selepas mendapati Mahkamah Rayuan tidak sepatutnya mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.
Panel itu seterusnya mengeluarkan waran komital terhadap Isa dan memerintahkan dia dihantar ke penjara.

