Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Hishaim Fauzi menjawab tohmahan yang dihamburkan oleh seorang makcik daripada Muslimat PAS yang berhujah di aplikasi TikTok terkait tindakan PH menjual aset Tabung Haji. Hisham berkata, beliau mendapat video tersebut melalui sebaran aplikasi whatapps dan terdorong untuk menjawab bebelan tersebut memandangkan beliau salah seorang individu yang bersama Menteri JPM (Hal Ehwal Agama Islam) Dr. Mujahid Yusof dalam memulihkan keadaan Tabung Haji.
Hisham berkata, jelas makcik yang membebel di TikTok hanya mengetahui amalan berniaga kecil-kecilan sahaja, berbanding urus niaga syarikat besar. Hujah Hisham lagi, penjualan saham TH apabila nilai saham meningkat merupakan satu kaedah untuk meningkatkan keuntungan TH, oleh itu proses pejualan saham bukanlah untuk meranapkan TH tetapi meningkatkan keuntungan dan memberi manfaat kepada pendeposit TH memalui bayaran Hibah.
Tambah pimpinan AMANAH Kelantan itu, bagi mereka yang terlibat dalam urusniaga korporat pasti akan mengetahui perihal ini dan ketawa besar mendengar hujah makcik Muslimat PAS itu yang begitu dangkal dan tidak memahami masalah sebenar. Malah, Hisham bertegas bahawa PH telah melakukan sehabis baik dengan melantik individu yang berkebolehan dan profesional untuk memulihkan keadaan TH yang hampir ranap. Dunia luar juga mengiktiraf kejayaan Penstrukturan Semula TH hingga memenangi 4 anugerah. Lebih jelas, minggu lalu, Ustaz Dusuki Rani kalah dalam kes saman fitnah TH. – Selangor Today