SelangorToday

BELANJAWAN 2023 : ANWAR BENTANG BAJET YANG BERANI DAN TEGAS

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr.Dzulkefly Ahmad mengelarkan tindakan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara adalah berani dan keras. Ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Dr. Dzul mengulangi tekad PM ke-10 bahawa langkah ataupun ikhtiar yang diambil merupakan satu langkah tegas menuju keadilan sosial yang telah didambakan oleh rakyat Malaysia. Dalam masa yang sama, bekas Menteri Kesihatan itu juga berkata, langkah kerajaan menumpukan pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) secara besar-besaran merupakan langkah mengeluarkan kedudukan rakyat dalam kepompong kemiskinan.

Dr.Dzulkefly Ahmad sedang berbahas di Dewan Rakyat

Pengarah Strategik AMANAH Nasional itu menempelak pihak pembangkang apabila mempersoalkan belanjawan kerajaan Malaysia MADANI ini tanpa menyatakan solusi dari mereka seperti membentangkan bajet alternatif untuk dibuat bandingan oleh rakyat. Mengimbau semasa menjadi pembangkang, Dr. Dzul berkata sejak Barisan Alternatif ke Pakatan Rakyat sehinggalah ke Pakatan Harapan, hampir setiap tahun mereka akan membentangkan bajet alternatif agar rakyat dapat menilai keupayaan pembangkang menyemak imbang bajet yang dibentangkan oleh kerajaan ketika itu. Tekad Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk mengurangkan kadar hutang negara diterjemahkan melalui pengurusan tatakelola kewangan negara penggubalan Akta Tanggungjawa Fiskal.

Meskipun dalam masa yang terhad, Dr,Dzul menegaskan bahawa kerajaan Malaysia MADANI menjadikan Belanjawan 2023 ini sebagai alat utama untuk memulihkan semula keadilan sosial masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Pengenalan cukai barangan mewah serta cukai keuntungan modal merupakan salah satu inisiatif kerajaan merapatkan jurang golongan kaya dan golongan miskin. – Selangor Today

Exit mobile version