Khamis | 6 Januari 2022
EXCO Infra kerajaan negeri Selangor YB IR Izham Hashim melawat benteng yang runtuh di Kampung Lancong Jaya bersama pihak JPS Negeri Selangor dan JPS Daerah Petaling meninjau benteng yang runtuh di Kg Lancong Jaya seksyen 28 Shah Alam.
Benteng musnah sepanjang 500 meter di kampung Lancong Jaya akibat hujan lebat yang luar biasa menyebabkan air Sungai Klang naik tinggi dan memberi kesan kepada benteng sungai di Kampung Lancong Jaya. Setelah benteng sungai klang pecah di kawasan tersebut air sungai melimpah ke kampung Lancong Jaya dan mengalami banjir teruk yang menenggelamkan sebanyak 240 buah rumah dan surau.
Wakil penduduk Puan Saribanon binti Saibon Ahli Majlis Zon 10 dikawasan tersebut memaklumkan kepada EXCO Infra Kerajaan Negeri Selangor YB IR Izham Hashim, air melimpah ke kawasan kampung sehingga paras yang sangat merbahaya.
Dari pemantauan Exco Infra Kerajaan Negeri YB IR Izham Hashim, bersetuju untuk menyegerakan untuk membaik pulih benteng yang runtuh sepanjang 500 meter kerana keadaan yang berlaku pada kali ini sangat membimbangkan dan akan memberikan yang lebih teruk lagi sekiranya berlaku hujan yang luar biasa serta boleh mengaikbatkan banjir besar sekali lagi di kampung Lancong Jaya.
Segala perbincangan bersama pihak JPS Negeri Selangor dan JPS Daerah Petaling pada hari kejadian (semalam) akan memulakan kerja-kerja awalan bagi mengelakkan kejadian benteng runtuh di bahagian-bahagian yang sudah menampakkan kesan yang bakal runtuh lagi.