SelangorToday

BERBANDING PEMBINAAN STADIUM, PSM MAHU LEBIH TUMPU PENUBUHAN AKADEMI SEPAKTAKRAW

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan sedia mempertimbangkan penubuhan akademi sukan berkenaan berbanding memiliki stadium sendiri.

Mohd Sumali berkata menerusi penubuhan akademi itu, PSM boleh mengenal pasti bakat baharu yang mampu digilap untuk mewarnai arena sukan warisan berkenaan pada masa depan.

s 2-0 kepad– fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Kita masih dalam proses perbincangan untuk mengenal pasti apa kriteria sebenar stadium, sama ada digunakan untuk kejohanan, latihan atau pusat akademi.

“Saya lebih mengutamakan kewujudan sebuah stadium atau infrastruktur untuk akademi sepak takraw Malaysia.

“Jika tidak dapat memiliki stadium, tidak mengapa, kerana di akademi itu kami dapat melahirkan ramai bakat baharu,” katanya kepada pemberita pada siri ketiga Klinik Latihan Asas Sepak Takraw (KLAS) di Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (2) di sini semalam.

Exit mobile version