SelangorToday

BERITA BAIK UNTUK ANAK ISTIMEWA SELANGOR, SERTAI PROGRAM ANIS MAC INI

Banyak aktiviti yang bakal dianjurkan oleh agensi dibawah kerajaan Negeri Selangor iaitu Anak Istimewa Selangor – ANIS bagi membantu anak-anak istimewa di Selangor. ANIS merupakan agensi dibawah kerajaan Negeri Selangor yang ditubuhkan khas untuk menumpukan kepada pembangunan kesejahteraan anak-anak istimewa di Selangor daripada pelbagai aspek. Agensi dibawah kelolaan Jawatankuasa Tetap Wanita dan Keluarga Negeri Selangor ini akan melancarkan beberapa program pada bulan Mac ini.

Antara program yang dirancang adalah saringan awal kanak-kanak berkeperluan khas yang akan diadakan pada 19 Mac ini untuk membantu ibubapa mengenalpasti masalah perkembangan anak-anak. Doktor dan juruterapi akan hadir memberikan konsultansi serta diagnosis kepada anak-anak yang hadir. Sebelumnya, kemasukan pelajar baru Program Intervensi Pusat ANIS telah bermula sejak 14 Mac 2022.

Seterusnya, ANIS akan mengadakan sambutan Hari Syndrome Down Sedunia yang akan disambut pada 21 Mac ini bertempat di Pusat ANIS. Kemudian keesokannya, sesi Focus Group Discussion (FGD) penubuhan ILC Negeri Selangor akan diadakan di Shah Alam. Akhir sekali, simposium ANIS akan diadakan pada 29 Mac bertajuk Pendidikan Masa Depan Anak Istimewa di Shah Alam.

Exit mobile version