SelangorToday

BERITA BAIK UNTUK GOLONGAN WANITA KAUM INDIA, LAHIR USAHAWAN BERJAYA

Kerajaan Madani akan berusaha untuk melahirkan lebih rumah usahawan-usahawan baharu khususnya kepada golongan wanita kaum India di Malaysia. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ramanan Ramakrishnan berkata, melalui Dana Khas yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) itu akan menyumbang kepada pertumbuhan dan merancakkan ekonomi negara apabila Program Prosperity Empowerment and A New Normat For Indian Women(PENN) berjaya melahirkan ramai usahawan mikro masyarakat India.

Keyakinan Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh bersandarkan kemampanan yang dipacu oleh AIM. AIM menerusi program PENN itu memperuntukkan RM50 juta bagi memperkasakan usahawan wanita India di negara ini. PENN menawarkan pembiayaan bernilai antara RM3,000 hingga RM30,000 merangkumi sektor pertanian dan perikanan, perkhidmatan dan peruncitan serta lain-lain perniagaan yang tidak menyalahi undang-undang.

Peruntukan yang dijangka memberi manfaat kepada 7,100 penerima itu boleh dipohon sehingga RM30,000 dibuka bermula 15 April ini menerusi 124 Cawangan AIM di seluruh negara. Syarat utama mereka yang layak, mestilah warga Malaysia, berbangsa India dan wanita sahaja. Beliau menambah, dengan peruntukan baharu itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk Sahabat Usahawan berbangsa India adalah sebanyak RM71.4 juta, di mana RM21 juta sudah disalurkan sejak Januari lalu. – SelangorToday

Exit mobile version