SelangorToday

BERJAYA DI SERI SERDANG, ABBAS SALIMMI BAKAL GEGAR DEWAN NEGERI SELANGOR

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Salimmi bin Che Adzmi berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kerusi N29 Seri Serdang dengan undian sebanyak 37,411 undi. Beliau yang sebelum ini menawarkan 2 tekad utama untuk diselesaikan di Seri Serdang meninggalkan jauh pencabarnya dari PN, Mohd Shukor bin Mustaffa(26,659) dan MUDA, Amir Hariri bin Abd Hadi (1834) dengan majoriti 10,752 undi.

Beliau yang juga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia AMANAH Selangor itu mengekalkan kemenangan yang telah dicapai oleh penyandangnya iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud. Ini merupakan percubaan pertama beliau menjadi calon mewakili AMANAH Selangor dan beliau berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang Wakili Rakyat.

Mungkin kerusi yang beliau tandingi sedikit jauh dari gangguan momokan gelombang hijau, tetapi beliau tetap berusaha sehabis baik dalam tempoh kempennya untuk mengekalkan calon HARAPAN di Seri Serdang. Ditambah pula dengan sokongan padu dari BN dalam edisi kali ini, memberi keyakinan penuh pada beliau untuk membawa suara Seri Serdang dalam Sidang Dewan Negeri Selangor penggal ini. – Selangor Today

Exit mobile version