Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Danil Al-Rashid bin Harun menyatakan pendiriannya untuk kekal memperjuangkan isu tekanan hidup rakyat meskipun dipanggil mengadap polis setiap kali beliau beraksi. Sebelum ini, Danial bersama beberapa pimpinan Pemuda AMANAH Selangor menyertai falshmob yang diadakan di Meru selain menyertainyai di Kampung Baru. Oleh, buat pertama kalinya, Danial dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mereka berkaitan flashmob yang diadakan. Tanpa menoleh kebelakang, Danial bertegas untuk terus menganjur dan menyertai himpunan-himpunan untuk membantah kenaikan harga barang.
Ketua Jabatan ANIS Selangor itu sekali lagi dipanggil polis setelah mereka mengadakan flashmob di depan Hotel Summit Subang. Acara yang dikerahkan oleh Biro Mobilasi AMANAH Nasional itu disertai Danial setelah berakhirnya Konvensyen Pemuda AMANAH Selangor. turut mengiringi Danial ke Balai Polis Bukit Puchong adalah Muhammad Ramadhan, Naib Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Ustaz Fauzan, Ketua Pemuda AMANAH Puchong dan pimpinan Pemuda AMANAH kawasan yang lain.
Mengulas perkara tersebut, Danial berkata bahawa pihak Pemuda AMANAH Selangor akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Malah Danial menyakini bahawa segala tindakan yang mereka lakukan berada pada tahap yang betul dan benar, maka tidak ada sebab untuk Pemuda AMANAH Selangor perlu berundur. Tambah Danial lagi, Pemuda AMANAH Selangor terus menuntut kerajaan untuk memandang serius isu rakyat dengan kenaikan hrga barang yang tidak masuk akal ini. – Selangor Today