SelangorToday

BERSATU SUDAH PUN TEWAS DI NENGGIRI

Meskipun Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri, Kelantan Darul Naim baru membuka tirainya, namun BERSATU sebagai parti yang dipertaruhkan oleh Perikatan Nasional(PN) dan Kerajaan Negeri Kelantan dilihat telah pun tewas lebih awal.

Hal ini demikian kerana, jika kita melihat kepada calon yang diletakkan oleh BERSATU bagi mewakili PN itu bukanlah ahli asal kepada BERSATU. Calon yang dimaksudkan, Mohd Rizwadi Ismail merupakan ahli PAS yang menyertai BERSATU 10 hari sebelum beliau diumum sebagai calon.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mendakwa langkah mengambil bekas pemimpin Pemuda PAS Gua Musang itu dilakukan sebagai satu strategi mereka bagi mengekalkan kemenangan di kerusi kubu kuat UMNO itu. Apakah strategi yang dimaksudkan tidaklah diketahui oleh semua pihak. Yang pastinya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, langkah itu diambil kerana BERSATU kekurangan anak jantan.

Begitu sekali PAS memandangkan enteng keupayaan BERSATU di Kelantan. Menyedari hakikat bahawa beberapa wakil rakyat BERSTATU telah pun melompat parti dan saling boikot memboikot di PRK Kuala Kubu Bharu dan Sungai Bakap menyebabkan PAS terpaksa menurunkan jemaahnya sebagai wakil PN.

Jelas hakikat yang dipaparkan menunjukkan calon yang bertanding adalah calon PAS. Ia juga membuktikan bahawa BERSATU tidak lagi mempunyai penguasaanya di dalam PN. Tambahan lagi, ketika BERSATU diperturunkan sebagai calon PN, mereka tewas kepada perpaduan, sebaliknya calon PAS ketika mewakili PN berjaya mengondol kemenangan bergaya. 

Lebih memeritkan, BERSATU gagal menyembunyikan kemarahannya apabila hari ini 7 Ogos 2024, disaaat PN dan perpaduan sedang berkempen di Nenggiri, cawangan-cawangan BERSATU di dalam kawasan Jeli bersebelahan dengan Gua Musang (terletaknya DUN Nenggiri) dibubarkan akibat ahli cawangan meninggalkan parti. Runtuhnya BERSATU Jeli bukan saja isyarat kekecewaan akar umbi BERSATU kepada PAS, malahan ia juga manifestasi hubungan PAS dan BERSATU semakin pudar dan rapuh.

Mengapa ahli BERSATU sanggup meninggalkan parti dimana kawasan yang mereka anggotai adalah negeri pemerintahan mereka iaitu Kelantan. Apakah yang menjentik hati mereka sehingga nekad untuk meninggalkan partinya dan PN disaat mereka sedang bertempur di Nenggiri. Semuanya atas sebab dan asas yang pastinya tidak menguntungkan atau menyebelahi akar umbi BERSATU.

Sejak kegagalan PN meruntuhkan kerajaan Anwar Ibrahim dari PM ke-10 itu mula memerintah sehingga hari ini, kepimpinan BERSATU tidak lagi mempunyai peluru untuk memegang atau mengikat pendirian PAS. Sebaliknya gelagat PAS mula meragut kesepaduan PN akibat kekuatan PAS menguasai kerusi parlimen lebih banyak daripada BERSATU dan GERAKAN.

Kepimpinan BERSATU terpaksa berpaut kepada PAS yang diketahui mudah mencandukan pemikiran orang melayu dengan simbolik Islam yang dibawa bagi memastikan BERSATU kekal mendapat sokongan asas melayu. Ia adalah satu ketewasan yang sedang dan akan terus membelengu BERSATU di hari-hari mendatang. Sama ada PN menang atau kalah di Nenggiri, BERSATU sudah pun tewas lebih awal. Apakah pula strategi yang digunakan PAS menuju PRK DUN Mahkota? 

Menyentuh soal PAS menyerang BN dengan menyatakan bahawa undi BN bererti mengundi DAP? Apa masalahnya mengundi DAP? Sedangkan kelulusan pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kelantan itu diberikan semasa Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP menjadi menteri Pengangkutan.

Apa masalahnya dengan DAP? Sedangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) yang dipimpin oleh Nga Kor Ming, pimpinan utama DAP memperuntukkan RM187.45 juta bagi pembangunan Negeri Terengganu (Negeri PAS memerintah). Jumlah peruntukkan tersebut mengalami kenaikan 23.74% berbanding tahun lalu.  Jadi apa masalahnya rakyat dibawah Negeri PAS dengan DAP?

Jelas masalah rakyat Kelantan dan Terengganu adalah kepada bekas pemimpin negara yang menyekat segala peruntukan kepada mereka akibat perbezaan parti politik antara mereka dengan pemimpin tersebut. Ini masalah rakyat Kelantan dan Terengganu, apabila mereka dizalimi oleh pimpinan tersebut. Sebaliknya pemimpin tersebut kini diangkat sebaga penasihat utama PAS demi menjatuhkan Anwar Ibrahim yang memberikan peruntukan lebih banyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Exit mobile version