SelangorToday

BERTAHUN-TAHUN WAKIL RAKYAT KAUM CINA, APA MASALAHNYA PILIH KALI INI – DR. MUJAHID

Timbalan Presiden AMANAH, Dr. Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan sejak bila memilih kaum cina sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Bharu sebagai satu masalah. Kata beliau, sejak DUN ini diwujudkan pada tahun 70an, kesemua wakil rakyatnya adalah daripada kaum cina, baik daripada DAP atau MCA. Jadi mengapa sampai ke Pilihan Raya Kecil kali ini, memilih kaum cina sebagai wakil rakyat menjadi salah besar dan bermasalah. Sebab itu permainan sentimen kaum dan agama yang sedang dimainkan oleh pembangkang hanyalah semata-mata propaganda politik demi memenangi kerusi tersebut sahaja. Ketika berucap di Ceramah Grand Finale PRK Kuala Kubu Bharu, anak kepada bekas Presiden PAS itu mengingatkan kepada pengundi HARAPAN dan Barisan Nasional untuk tidak termakan dengan sentimen kebencian ini yang boleh memecah-belahkan kesepaduan kerajaan MADANI.

Ahli Dewan Negara itu berkata lagi, tarikh pengundi pada 11 Mei inilah boleh dijadikan masa untuk melaksanakan referundum dari rakyat KKB untuk menolak sentimen kebencian ini dengan pengundi calon HARAPAN, Pang Sock Tao. Selain itu, undian kali ini boleh dijadikan referendum rakyat yang selesa, suka dan mahu terus bersama kerajaan MADANI apabila calon HARAPAN dimenangkan. Hal ini demikian kerana, penubuhan kerajaan MADANI bukan sesuatu yang mudah, kesemua parti yang terlibat meninggalkan sengketa dalam dan menumpukan kepada usaha membangunkan negara. Maka kata Dr. Mujahid, sewajarnya rakyat menghantar referendum untuk bersama kerajaan MADANI melalui calon HARAPAN. Katanya lagi, sejak terlibat dengan politik pada tahun 80an, inilah kerajaan yang terbaik pernah ada di Malaysia.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama Islam) menyatakan, dalam dunia politik, perbezaan pendapat merupakan satu perkara biasa, pandangan yang pelbagai akan muncul dari pelbagai kelompok, namun beliau mengingatkan bahawa perbezaan tersebut janganlah sampai kepada fitnah, berbohong dan mewujudkan ketidakstabilan. Maka sewajarnya, pengundi mengajar ahli politik yang kerap memainkan elemen tersebut, dengan tidak memilih mereka sebagai wakil rakyat. – SelangorToday

Exit mobile version