Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Presiden AMANAH menegaskan bahawa kucar-kacir dan permasalahan besar yang menanggung negara kita hari ini adalah berpunca daripada BN dan PN sebagai pemerintah negara. Mohamad Sabu membuktikan bahawa parti melayu sejarah itu khususnya UMNO mempunyai ramai pemimpin yang didakwa di mahkamah atas perbuatan salah laku dan guna kuasa. Perubahan kerajaan pada 9 Mei 2018 telah membongkar segala kecurangan yang berlaku semasa BN memerintah. Kesannya negara terpaksa membayar ganti rugi melibatkan billion ringgit akibat penyelewangan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.
Manakala PAS sebagai sebuah parti yang didakwa ingin menegakkan Islam pula membela mereka yang telah membuat onar kepada negara ini. Sedangkan Islam itu tertegak atas nama keadilan, tetapi parti Islam konservatif itu terus membela perosak negara. PPBM yang dulunya sahabat PH pula mengkhianati kawan-kawan dalam PH dan membentuk kerajaan bersama UMNBO/BN dan PAS. Langkah inilah sebenarnya yang telah menyebabkan perosak negara terus berdiri kukuh memanipulasi sokongan rakyat. Proses pemulihan negara ini juga kembali terbantut dan menuju kehancuran apabila kerajaan BN/PN memerintah. Ahli Parlimen Kota Raja itu menyatakan bahawa apa yang dijelaskan itu adalah bukti bahawa BN dan PN adalah punca segala kerosakan sehingga hari ini.
Tambah Mantan Menteri Pertahanan itu, sifat AMANAH yang dipertontonkan oleh Nabi Muhammad SAW wajar menjadi teladan buat kita dan ia merupakan asas penting kepada pemulihan negara ini. Dengan sifat itu,kita akan berjaga-jaga dalam setiap tindakan. Serta memberikan komitmen jitu untuk membangunkan negara tanpa memikirkan keuntungan peribadi semata-mata.