SelangorToday

BN MENANG, BUKAN ISMAIL SABRI PERDANA MENTERI – DAKWA KHALID

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad mendakwa Pilihan Raya Umum kali ini diadakan bagi hanya semata-mata bertujuan untuk membebaskan Kluster Mahkamah yang terdiri daripada pimpinan UMNO. Ini jelas dibuktikan apabila pembubaran yang berlaku atas permintaan Perdana Menteri, Ismail Sabri adalah hasil tekanan dan desakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah dan bukannya atas kehendak Ismail sendiri. Tambah Khalid, sejak awal lagi Ismail mahu menangguhkan PRU sehingga habis panggil, namun tidak berhasil apabila terikat dengan keputusan parti yang pastinya dipengaruhi oleh kepentingan Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid sedang dibelengu pelbagai kes salah guna kuasa dan penyelewangan di mahkmah

Malah kata bekas Menteri Wilayah itu, Ismail hanya dijadikan boneka oleh pimpinan UMNO yang sedang terpalit dengan kes salah guna kuasa dan penyelewengan. Meskipun, Ismail dijangka akan diangkat sebagai Poster Boy dalam PRU kali ini, namun kuasa penentuannya tetap ditangan Ahmad Zahid selaku Pengerusi BN. Posisi itu akan memudahkan urusan pembatalan kes Ahmad Zahid di mahkamah serta membebaskan Najib Razak dari penjara. Maka rakyat perlu menyedari bahawa perjuangan menolak golongan kleptokrasi belum selesai. Hal ini demikian kerana, persengkokolan antara PAS, pengkhianat PH dan BN telah memberikan nafas panjang kepada golongan kleptokrasi ini.

Justeru, Ahli Parlimen Shah Alam itu menyeru orang ramai memahami senario politik yang berlaku dalam negara dan membuat pilihan yang benar-benar tepat. Khalid mengingatkan orang ramai tidak tertipu dengan dakyah perompak dan penyamun untuk terus hidup dan terus menyakau wang negara. Sebaliknya rakyat harus menghukum mereka serta rakan-rakan jenayah mereka seperti PAS,BERSATU  dan seangkatan dengannya dalam Pilihan Raya kali ini. Mari kita tamatkan riwayat politik kleptokrat dan penjual agama buat selama-lamanya. – Selangor Today

Exit mobile version