Presiden AMANAH, YB Mohd Sabu dan beberapa pimpinan AMANAH d pelbagai peringkat telah dpanggil pihak berkuasa selepas parti AMANAH secara meluas menggerakkan flashmob baru-baru ini. Hari ini pula, ada media yang melaporkan pihak berkuasa telah “berkunjung” ke ibu pejabat AMANAH bagi meneruskan siasatan mereka.
Flashmob yang membantah kenaikan harga barang telah d gerakkan oleh AMANAH d seluruh negara secara serentak, membawa mesej AMANAH peduli akan keperitan yang d rasai rakyat terbanyak.
Hasil tinjauan rambang, flashmob yang d anjurkan mendapat sambutan yang agak menggalakkan.
Sambutan kenderaan d jalanraya turut memeriahkan flashmob baru-baru ini. Pemandu “bersolidariti” dengan membunyikan hon mereka. Tanda setuju. Tanda kebersamaan.
Brand Promise AMANAH: Peduli!
Jika denyut dan keperitan rakyat terus d terjemahkan AMANAH melalui kepedulian mereka, tidak mustahil flashmob sebegini boleh melahirkan “gelombang” rakyat menjelang PRU15 (dan mungkin juga menjadi mimpi ngeri buat saingan AMANAH).
Ya, AMANAH peduli. Peduli ini adalah sebahagian dari Misi AMANAH.
AMANAH yang sebelum ini terkenal dengan pendekatan Rahmat untuk semua boleh terus memikat rakyat dengan pendekatan peduli ini. Rahmat untuk semua dan peduli amat dekat dan berkait rapat.
AMANAH Parti peduli
Sebagai parti politik, AMANAH tidak boleh lari dari hakikat mereka perlu menawarkan servis kepada kumpulan sasar atau “pelanggan” mereka.
Servis ini memberi makna kepada jenama mereka. Servis yang jelas berbeza dari yang lain.
Servis melalui kepedulian ini juga boleh membezakan AMANAH dan boleh d lihat sebagai “brand promise” AMANAH (“brand promise” merujuk kepada janji atau nilai yang d bawa sesebuah jenama. Ianya dapat d rasai oleh kumpulan sasar atau pelanggan mereka sebagai “customer experience”).
AMANAH boleh d lihat dan d rasai sebagai benar-benar parti bernuansa Islam yang progresif dan peduli.
Untuk terus d rasai “pelanggan” atau kumpulan sasar mereka, AMANAH perlu terus d lihat peduli.
Peduli akan keresahan nasib rakyat yang kehilangan punca akibat terkesan dengan pasca pandemik dan kenaikan harga barang yang seolah tiada penyelesaian.
Peduli terus bina Imej AMANAH
Walaupun kini pimpinan AMANAH berhadapan dengan tindakan pihak berkuasa, ianya adalah natijah dari sifat peduli mereka terhadap nasib rakyat.
Ya, pedulinya AMANAH mungkin memangsakan pimpinan mereka sendiri.
Tetapi natijah peduli ini memberi imej yang positif kepada AMANAH. Membina jenama parti bernuasakan Islam yang amat berbeza!
Inilah naratif dan komunikasi AMANAH!
AMANAH memahatkan imej parti peduli yang sanggup mempertaruhkan pimpinan mereka sendiri kepada tindakan pihak berkuasa. Demi rakyat!
Peduli suatu Rahmat
Negara terus menyaksikan episod pasca flashmob.
Apakah akan ada lagi tindakan pihak berkuasa terhadap pimpinan dan parti AMANAH? Atau apakah bakal menjelma lagi kempen mega peduli rakyat pimpinan AMANAH?
Semuanya kembali kepada pedulinya AMANAH dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Moga AMANAH terus peduli.
Kerana pedulinya AMANAH benar-benar suatu rahmat buat semua!
Abu Mirdif