SelangorToday

BUAYA MUNCUL DI TASIK SHAH ALAM, SEKSYEN 7? MBSA AMBIL TINDAKAN PEMANTAUAN

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam, Seksyen 7 susulan satu hantaran dimuat naik di Facebook berhubung kemunculan seekor buaya di kawasan itu.

“Lanjutan daripada ‘posting’ di Facebook, terdapat kehadiran seekor buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7, MBSA menerusi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran dan Jabatan Perhilitan mengambil maklum perkara itu dan sedang mengambil tindakan lanjut.”Orang ramai diminta berhati-hati ketika beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Seksyen 7,” menurut MBSA menerusi notis yang dimuat naik di laman sosial rasminya.

Pada 2019, suasana di Tasik Shah Alam, Seksyen 14 gempar apabila seekor anak buaya tembaga ditemui di pam air tasik itu.Reptilia sepanjang 0.6 meter itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan 9.30 pagi sebelum menghubungi bomba. – Berita Harian

Exit mobile version