SelangorToday

BUKU HERBA SELANGOR DILANCARKAN, KARYA ADN HULU KELANG

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan buku Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda sebagai hadiah buat rakyat negeri ini. Karya setebal 82 halaman itu ditulis wakil rakyat Hulu Kelang Saari Sungib dan Ahli Jawatankuasa Penulis Isu-Isu Wanita Nasional (PenaWan) Dr Umi Kalthum Ngah.

Amirudin berkata penghasilan naskhah setebal 82 halaman menunjukkan kekayaan Selangor dalam aktiviti pertanian dan pengurusan taman agro yang mampu memacu sektor pelancongan. Buku ini manifestasi dari rakyat kepada rakyat. Saya percaya buku ini bukan hanya cerita halia, daun kunyit dan serai, tetapi merujuk kehidupan masyarakat secara kerangka lebih besar bagaimana kehidupan mereka difahami antara satu sama lain, kata Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu.

Diharap usaha sebegini dapat dirancakkan dan disambut baik terutama dalam kalangan rakyat yang berbakat menulis serta berkarya,” katanya di Bangunan Annex di sini hari ini. Amirudin menambah herba merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat selain menjadi tradisi pelbagai kaum sejak ribuan tahun. Sebanyak 1,500 naskhah akan diedar kepada ketua jabatan dan wakil rakyat negeri ini manakala 500 lagi dijual di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dengan harga RM35.

Exit mobile version