Petang Jumaat yang penuh rahmat, 17 Disember 2021, buku tentang perjuangan YB Mohamad Sabu sebagai ahli politik telah diluncurkan di Mardiyah Hotel, Shah Alam. Buku yang ditulis secara terus daripada Mohamad Sabu itu sendiri telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ahli Parlimen Pandan serta mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Perjalanan perjuangan Presiden AMANAH diceritakan secara tuntas dan tanpa sebunyi itu disunting oleh Sdr. Mohd Hasbie Muda yang juga terkenal dalam menulis buku-buku politik yang kritikal selain dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pemuda AMANAH Nasional.
Ketika meluncurkan buku tersebut, Dr. Wan Azizah telah mengimbau kenangan semasa sama-sama berjuang ketika era reformasi 1998 seterusnya menikmati kejayaan menumbangkan kerajaan BN pada tahun 2018. Sesungguhnya pengalaman tersebut merupakan satu indikator bahawa pelbagai faktor perlu disatukan untuk kemenangan termasuk pengaruh Ahli Parlimen Kota Raja itu yang mampu menarik ramai pengundi atas pagar untuk bersama Pakatan Harapan.
Buku yang menempatkan pelbagai kisah Mohamad Sabu selaku Timbalan Presiden PAS dan juga mantan Menteri Pertahanan itu juga diberi kata pengantar oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.
Dapatkan buku ‘JUANG MAT SABU’ segera dengan menekan link dibawah:
Layari https://juanghabis.com/
Oleh,
Cikgu Syazmir HN