Bilangan pegawai warden di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditambah bagi meningkatkan lagi pengawasan terhadap pelajar.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, langkah tersebut bertujuan menangani kes buli yang dilaporkan di institusi berkenaan.
“Tetapi kalau kita lihat dalam kes-kes ini, kebanyakannya berlaku antara pelajar dengan pelajar.
“Jadi bagi saya, antara yang kita telah bincang daripada awal lagi, dalam kes sebelumnya kita tingkatkan hubungan antara warden kita dan para pelajar. Jadi bilangan anggota warden kita itu mungkin daripada awal lagi kita tingkatkan bilangannya.
“Supaya pengawasan kepada para pelajar itu lebih dekat faktor kesedaran pada para pelajar ini dapat dibuat dari masa ke semasa” katanyan kepada pemberita selepas Pertandingan E Sports Sekolah Dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (SDK ATM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, di sini hari ini.
Tegas beliau, kementerian memandang serius berkenaan isu terbabit.