SelangorToday

CALON HARAPAN PELAJAR CEMERLANG SPM, JAWAB CABARAN PAS

Selang beberapa jam selepas pembangkang mempersoal latar belakang pendidikannya, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu tampil memberi penjelasan.

Calon PH, Pang Sock Tao, 31, menerusi muat naik di Facebook, mendedahkan beliau menamatkan sesi persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah (SM) Chung Hua Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau turut memuat naik transkrip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan empat (A+), serta tiga (A-) dan tiga (A).

Beliau turut memaparkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didudukinya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Pong Ampang, Hulu Langat di Selangor, pada 2005. – Berita Harian

Exit mobile version