SelangorToday

CALON KERAJAAN PERPADUAN MENANG DI KKB, PN TEWAS HAMPIR 4 RIBU UNDI

Keputusan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sebentar tadi menobatkan calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao melalui parti DAP menang Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu dengan perolehan undi sebanyak 14,000. Beliau yang amanahkah sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor dan Persekutuan atas nama HARAPAN menewaskan calon daripada Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut dengan Pang meninggalkan pemimpin BERSATU Hulu Selangor itu sebanyak 3,869 undi.

Pang yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming turut menewaskan dua calon bebas lain iaitu Hafizah Zainudin-PRM(152 undi) dan Nyau Ke Xin- Bebas(188 undi). Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu diadakan setelah penyandang kerusi tersebut Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu. Mendiang menjadi wakil rakyat di kerusi tersebut selama 3 penggal berturut-turut.

Keputusan PRK DUN Kuala Kubu Bharu memperlihatkan sokongan penjawat awam kepada Kerajaan Perpaduan semakin utuh apabila undian awal mendapati calon HARAPAN mendapat undi tertinggi berbanding calon-calon lain. PRK ini juga turut meterjemahkan kesepaduan antara pimpinan HARAPAN dan Barisan Nasional apabila pimpinan UMNO menggerakkan jentera mereka secara aktif dikawasan melayu manakala MIC buat pertama kalinya membantu calon HARAPAN bagi menawan undi kaum India.

Meskipun siri kempen PRK kali ini dicemari dengan naratif kebencian serta manipulasi fakta kisah lalu Perdana Menteri oleh pihak tertentu, namun calon HARAPAN berjaya mengekalkan kerusi tersebut sekaligus menandakan sokongan kepada kerajaan hari ini kekal relevan. – SelangorToday

Exit mobile version