SelangorToday

DAKWA KEDAH DIPAKSA MISKIN, DR. ISMAIL TEMPELAK SANUSI

Kedah tidak boleh bergantung kepada peruntukan RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan semata-mata, sebaliknya perlu lebih kreatif bagi menambah dan menjana pendapatan negeri.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Md Sanusi Md Nor sentiasa berfikiran negatif apabila menyatakan Kedah dipaksa menjadi miskin disebabkan berkorban untuk menanam padi.

Beliau berpandangan, kenyataan Menteri Besar Kedah itu menunjukkan kerajaan negeri ketika ini seakan-akan telah buntu untuk mendapatkan sumber pendapatan lain.

“Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco semalam (Rabu), nampak Menteri Besar Kedah tak boleh ‘move on’ tentang pendapatan Kedah. Katanya Kedah dipaksa jadi miskin sebab berkorban untuk padi, inilah pemikiran negatif beliau secara berterusan.

“Sedangkan, kawasan tanaman padi MADA hanya 10 peratus dari keluasan Kedah, masih ada 90 peratus lagi tanah yang boleh dibuat perumahan dan industri dengan cukai tanah yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, beliau mendapati, usaha untuk memohon peruntukan RM200 juta dari Kerajaan Persekutuan juga dilihat tidak serius kerana kerajaan negeri tidak bersedia mewartakan kawasan tanaman padi di bawah MADA.

“Jikalau serius perlu pewartaan (kawasan tanaman padi) dan (kerajaan negeri) boleh usahakan untuk mendapatkan pampasan kredit karbon,”katanya. – Sinar Harian

Exit mobile version