SelangorToday

DANA LEBIH RM90,000 BANTU WANITA SELANGOR SAMBUNG PENGAJIAN – DR. MARIAH

Kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM91,459.30 untuk pelajar lepasan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) menjalani Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH) sejak 2019 hingga kini.

EXCO pembangunan wanita berkata dana disalur kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr. Siti Mariah ketika menjawab soalan yang dibangkitkan di Dewan Negeri Selangor

Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan akademi terbabit berjaya melahirkan seramai 180 graduan yang menjalani pembelajaran melalui dua kohort sepanjang tempoh berkenaan.

“Manakala bagi kohort tiga, seramai 121 pelajar AKW masih mengikuti modul pembelajaran dengan jangkaan graduasi pada Mac tahun depan,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Permatang Rozana Zainal Abidin berhubung jumlah peruntukan disalurkan untuk pelajar AKW mengikuti PSSH.

Sementara itu, Siti Mariah berkata seramai 113 daripada 180 graduan AKW atau 62.7 peratus kini bekerja dalam pelbagai bidang, manakala yang sedang mengikuti modul pembelajaran membabitkan 75 orang.

“Ini menunjukkan lebih separuh graduan merupakan golongan wanita yang sedang bekerja dalam pelbagai bidang selaras objektif AKW untuk melahirkan pemimpin mempunyai ilmu dan kemahiran sekali gus dapat memimpin organisasi,” katanya.

Exit mobile version