SelangorToday

DANIAL AL RASHID ANTARA YANG DIPANGGIL KE IPD KLANG UTARA

Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Danial Al- Rashid Harun antara pimpinan Pemuda AMANAH yang dipanggil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara. Beliau bersama dua yang lain, Abbas Adzmi, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional dan Raja Nasrul Isyraf, Pengarah Mobilasi Pemuda AMANAH Selangor. Pemimpin-pemimpin muda AMANAH itu dipanggil ke IPD Klang Utara untuk memberikan keterangan berkaitan penglibatan mereka dalam acara Flashmob Bantah Kenaikan Harga Barang yang diadakan di DUN Meru Jumaat lalu.

Danial dan pimpinan yang lain hadir di IPD Klang Utara

Acara yang dilakukan secara bersiri bermula di Kampung Baru dua minggu lalu merupakan langkah memobilasikan dan memberi kesedaran kepada rakyat bahawa kenaikan harga barang merupakan satu kegagalan kerajaan persekutuan. Ia merupakan program anjuran Biro Mobiliasi AMANAH Nasional itu diadakan diseluruh negara termasuk Terengganu, Melaka dan Kelantan. Selain mereka bertiga, pemimpin AMANAH Nasional yang juga turut dipanggil, antaranya Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari dan Pengerusi AMANAH Selangor, Ir. Izham Hashim.

Mengulas panggilan polis tersebut, apa yang  dilaksanakan hari ini, ialah membela nasib ‘end user’ ataupun rakyat bawahan yang menerima kesan langsung dari kenaikan harga barang. Bermula dari membeli barang basah di pasar, sehingga kepada berbelanja di kedai-kedai makan. Tambah Pengarah Jabatan ANIS itu, pimpinan kaya di atas tidak mengenal nasib rakyat. Mereka tidak kenal erti berlapar dan mengikat perut untuk memberi anak isteri makan. Mereka tidak pernah merasa miskin. Pemuda AMANAH Selangor akan terus berdiri membela nasib rakyat. Kenaikan harga barang adalah suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang ada.

Exit mobile version