Ketua Angkatan Pemuda HARAPAN Selangor, Danial Al-Rashid Harun berjaya meraikan kemenangan sulungnya di N41 Batu 3 dengan undian sebanyak 29,064 undi berbanding lawannya, bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun(25, 682) dan calon MUDA Syaidiyah Izzati(1,908). Danial yang Ketua Pemuda AMANAH Selangor merangkul kejayaan tersebut setelah beberapa kali pusingan yang memperlihatkan turun naik undi beliau yang disaingi oleh Ketua Wanita BERSATU itu.
Bekas Ketua Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANiS) ini merupakan pemimpin akar umbi di kawasan Shah Alam sejak tertubuhnya AMANAH lagi. Pesaing beliau dilihat mempunyai kekuatan kewangan dan pengaruh yang besar memandangkan Rina merupakan bekas Menteri Kabinet Kerajaan PN. Namun atas berkat usaha dan kesungguhan Danial dan pasukannya telah berjaya meletakkan Danial sebagai ADN.
Kerusi Batu 3 mungkin menjadi pertikaian awal apabila kerusi Hulu Kelang milik AMANAH ditukar dengan kerusi Batu 3 yang dimiliki oleh KEADILAN. Proses bantuan pertukaran kerusi itu berlaku dalam tempoh yang singkat. Setelah kesemua parti menerima keputusan tersebut, jentera HARAPAN dan BN bergerak sederapnya mencipta kemenangan baru di Batu 3. – Selangro Today