Sempena sambutan Deepavali bulan depan, Ahli Dewan Negeri(ADN) Batu Tiga, Danial al-Rashid Harun membuka pemohonan kepada masyarakat kaum India untuk mendapatkan baucar Jom Shopping DUN Batu Tiga. Jelas Danial, permohonan baucar bernilai RM200 itu boleh dibuat di pejabat yang baru dibuka di Seksyen 16, Shah Alam. Beliau memaklumkan pemohon boleh datang ke pejabat dan mengisi dokumen yang diperlukan.
Tambah Ketua Pemuda AMANAH Selangor itu, buat masa ini 400 penerima diperuntukan kepada masyarakat India. Namun jika ramai memohon, kita akan buat rayuan supaya lebih ramai penerima dapat dibantu. Antara tempat yang tersenarai boleh menggunakan baucar tersebut adalah di Giant Kota Kemuning. Danial mengharapkan usaha ini dapat memeriahkan sambutan Deepavali yang bakal tiba.
Beliau turut menambah beberapa syarat ditetapkan bagi memastikan inisiatif sampai kepada golongan sasar antaranya bukan penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, dan berpendapatan bawah RM3,000. – SelangorToday