SelangorToday

DANIAL RAI PENYERTAAN ANAK SENI DALAM POLITIK

Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Danial Al-Rashid Harun berbesar hati melihat penglibatan anak-anak seni ke dalam arena politik. Beliau menyatakan demikian ketika melihat situasi di mana beberapa selebriti tanah air termasuk Pengarah terkemuka, Afdlin Shauki, Pelakon tampan, Hans Isaac dan Penyanyi rentak Rap, Altimet bertanding dalam Pemilihan KEADILAN yang sedang berlangsung.

Tambah beliau, sebelum ini politik hanya terikat kepada orang-orang politik semata-mata, manakala anak seni pula berperanan menyampaikan pendapat, teguran dan kritikan mereka melalui bahan seni yang mereka ceburi sahaja. Namun kini, anak seni sudah mula terbuka menyertai politik untuk berperanan lebih besar dan orang politik pula perlu meraikan kehadiran mereka. Dunia yang semakin terbuka menyebabkan anak seni lebih berani menyertai politik berbanding dahulu, apabila anak seni berbicara soal politik, mereka akan dikecam dan diboikot.

 Kata anak kepada pelawak terkenal Arwah Harun Salim Bachik itu, Danial mengucapkan selamat anak seni ke pentas politik Malaysia. Danial optimis negara kita akan mengikut jejak negara luar yang berjaya menempatkan anak-anak seni sebagai ahli politik tersohor seperti Arnold Schwarzenegger, Ronald Reagen dan  Clint Eastwood. Danial juga berharap penglibatan anak seni yang lebih realistik melihat keadaan rakyat akan membina sebuah karya yang lebih berkualiti dan dekat dengan rakyat.

Exit mobile version