SelangorToday

DANIAL SOKONG PENUH INSIATIF PM TINGKAT EKOSISTEM E-SUKAN

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Danial Al-Rashid Harun menyokong penuh usaha Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam meningkatkan ekosistem E-Sukan di Malaysia.

Melalui belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Anwar semalam, beliau telah memperuntukkan RM20 juta untuk memperkasakan ekosistem E-Sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena E-Sukan.

Pengumuman itu susulan daripada kejayaan Selangor Red Giants yang bergelar juara dunia bagi e-sport World Cup 2024.

Danial dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, kejayaan Red Giants sebagai juara dunia e-sport adalah pencapaian yang membanggakan dan menujukkan potensi besar yang dimiliki oleh industri E-Sukan.

Tambah Ketua Pemuda AMANAH Selangor itu, E-sukan bukan sekadar tentang permainan; ia membuka pelbagai peluang keterlibatan yang meluas, termasuk dalam bidang pendidikan, teknologi, dan inovasi.

Maka dengan pelaburan ini, kita dapat melihat perkembangan bakat muda dalam e-sukan, yang sekaligus dapat menyemarakkan semangat kerja berpasukan, kepimpinan, dan disiplin.

Jelasnya, dengan adanya inisiatif ini, kita bukan sahaja membangunkan atlet e-sukan, tetapi juga menghasilkan profesional dalam pelbagai bidang berkaitan, seperti pengurusan acara, pemasaran, dan pembangunan permainan.

Justeru itu penting untuk kita memastikan pembangunan sukan e-sukan berjalan seiring dengan pendidikan. Program-program pendidikan yang berkaitan dapat memberikan pemahaman mendalam tentang industri ini, membantu pelajar untuk mengembangkan kemahiran yang relevan.

Danial menyeru masyarakat menyokong usaha ini demi masa depan yang lebih cerah dalam dunia e-sukan, dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan e-sukan global. -SelangorToday

Exit mobile version