Hari ini ketika Ketua Pemuda AMANAH Gombak, Tuan Ahmad Usamah bin Zulkifli menyertai rombongan Operasi Pembersihan Banjir di Seri Aman Puchong, beliau telah menyerahkan sumbangan bantal kepada rakan sejawatnya Ketua Pemuda AMANAH Puchong, Tuan Fauzan Rosli. Ahmad Usamah yang juga Ahli Majlis MPS,menyerahkan 100 biji bantal kepada Fauzan yang juga Ahli Majlis MBSJ dan juga selaku kordinator Pusat Pemindahan Sementara Puchong Utama.
Mengikut paparan di laman sosial Bendahari Pemuda AMANAH Selangor itu, dianggarkan seramai 300 orang mangsa banjir yang merangkumi 90 keluarga dari Kampung Seri Aman Puchong ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Puchong Utama.
Usamah berharap, sumbangan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak kekangan yang dihadapi mangsa banjir di Puchong. Sehari sebelum penyerahan, Usamah telah turun membantu rakan ARiF Selangor yang juga menjadi mangsa banjir apabila rumahnya diselaputi lumpuh dan kotoran bawaan banjir.
Oleh,
Cikgu Syazmir HN