SelangorToday

DASAR GAJI PROGRESIF AKAN DIANGKAT KE KABINET – PM ANWAR

56 57 32 54 53 32 54 54 32 51 50 32 56 48 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 48 32 57 55 32 49 49 48 32 57 55 32 51 50 32 55 55 32 49 48 49 32 49 49 48 32 49 49 54 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 53 32 52 52 32 51 50 32 54 56 32 57 55 32 49 49 54 32 49 49 49 32 50 50 54 32 49 50 56 32 49 53 51 32 51 50 32 56 51 32 49 48 49 32 49 49 52 32 49 48 53 32 51 50 32 54 53 32 49 49 48 32 49 49 57 32 57 55 32 49 49 52 32 51 50 32 55 51 32 57 56 32 49 49 52 32 57 55 32 49 48 52 32 49 48 53 32 49 48 57 32 51 50 32 49 48

Cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibawa ke jemaah menteri bagi memperhalusi
mekanisme pelaksanaannya secara berperingkat, kata perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan ia juga bagi meneroka keperluan memperuntuk dana sebagai insentif dasar yang akan ditentukan mengikut kedudukan kewangan kerajaan.

Beliau berkata sesi perbincangan dan libat urus bersama pihak berkepentingan turut dibuat selepas itu terutama dalam kalangan pemain industri, perniagaan dan pekerja.

“Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berpandangan Dasar Gaji Progresif salah satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan mereka tidak dibebankan dengan kos sara hidup.

“(Pekerja juga) dapat menikmati pekerjaan dengan gaji yang bermaruah, demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda mengangkat ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata model dasar itu diusulkan mengambil kira pandangan dan
kepentingan majikan serta pekerja sebagai pelengkap kepada gaji minimum.

Beliau menambah ia akan disusuli garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan dan peringkat supaya pendapatan ditingkatkan secara konsisten dan seimbang.

“Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela, berteraskan insentif dan terkait produktiviti,” katanya menambah sebanyak 62 peratus pekerja dan 80 peratus syarikat menyambut baik cadangan itu.

Katanya, nisbah pendapatan pekerja turut disasarkan 45 peratus daripada jumlah keseluruhan berikutan peratusannya menurun daripada 37.2 peratus pada 2020 kepada 32.4 peratus tahun lalu.

Anwar menegaskan isu itu tidak boleh diabaikan susulan lebih dua juta pekerja masih meraih kurang RM2,000 sebulan berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023.

“Situasi ini lebih membimbangkan bagi golongan muda antara umur 20 hingga 24 tahun dengan gaji penengah hanya RM1,682 sebulan. Bagi kebanyakan pekerja Malaysia, gaji hanya meningkat kepada RM3,500 pada paras tertinggi sekitar umur 40 ke 49 tahun sepanjang kerjaya mereka,” katanya.

Exit mobile version