SelangorToday

DASAR, PELAN PENGANTARABANGSAAN PENDIDIKAN TINGGI DIJANGKA SIAP HUJUNG TAHUN

KUALA LUMPUR, 4 April -- Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dasar dan Pelan Tindakan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2023-2030 sedang dibangunkan dan dijangka selesai pada penghujung tahun ini.

Kajian tersebut bertujuan meningkatkan jenama pendidikan tinggi negara dan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf global, selaras matlamat Lonjakan 8 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Pendidikan Tinggi.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dan proaktif dalam menarik minat pelajar antarabangsa ke Malaysia serta menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, setakat Oktober tahun ini, permohonan pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian ke Malaysia meningkat lima peratus berbanding tahun lalu.

“Sehingga Jun 2023, terdapat seramai 104,315 pelajar antarabangsa di Malaysia iaitu 43,152 di universiti awam dan 60,363 di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sedang mengikuti pengajian di dalam pelbagai bidang dan peringkat.

“KPT telah mempunyai 12 buah pejabat Education Malaysia luar negara iaitu di Australia, Beijing, Chicago, Dubai, Ho Chi  Minh, Indonesia, Jordan, Los Engeles , Mesir, New Zealand dan Washington” katanya di Dewan Negara.

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau, KPT melalui  ‘Education  Malaysia Global Services (EMGS) dan pejabat Education Malaysia luar negara melaksanakan pelbagai usaha pemasaran dan promosi pendidikan  tinggi  yang berterusan di peringkat global, termasuk penglibatan dalam pameran pendidikan antarabangsa, promosi dalam talian dan kerjasama dengan agensi promosi pendidikan tinggi luar negara. – Berita RTM

Exit mobile version