Setelah timbulnya spekulasi bahawa ada tangan-tangan yang cuba melarang debat antara bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan di Universiti Malaya, hari ini sebuah kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pihak yang mewakili Anwar dan Najib mengumumkan debat itu akan diadakan di Dewan Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala Lumpur.
Sebelum ini ura-ura menyatakan bahawa debat tersebut mungkin digagal setelah ada pihak-pihak yang cuba melengah-lengahkan permohonan tempat debat memandangkan debat yang dinantikan oleh ramai pihak. Namun, khabar angin tersebut lenyap apabila kenyataan bersama ini dikeluarkan dimana debat itu akan diadakan pada 12 Mei 2022 selepas debat antara calon Ketua Angkatan Muda Keadilan Nasional dan dabat antara calon Timbalan Presiden KEADILAN akan diadakan.
Untuk makluman, debat ini buat pertama kalinya akan diadakan setelah berkali-kali Anwar Ibrahim mencabar Najib Razak untuk berdebat sejak Najib menjadi Perdana Menteri lagi. Akhirnya, setelah Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri, barulah mereka bersedia berdebat bagi memaparkan langkah yang mereka ambil untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia setelah Malaysia kini berada sebagai negara tercorot di Asia Tenggara.