SelangorToday

DEMI TERUS MEMBANTU RAKYAT SELANGOR, IZHAM UMUM JUALAN EHSAN RAHMAH DITERUSKAN

Exco Infrastuktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim menjelaskan Kerajaan Selangor akan menerukan Jualan Ehsan Rahmah di Selangor memandangkan ia mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Selangor. Beliau berkata sepatutnya inisiatif JER ini telah pun ditamatkan beberapa bulan yang lalu, namun atas semangat keprihatinan kerajaan kepada rakyat Selangor, maka kerajaan Negeri melalui PKPS dan KPDN Selangor meneruskan komitmen ini. Beliau yang berucap dalam Majlis Apresiasi Jualah Ehsan Rahmah dan Pelancaran Logo Baru PKPS di Shah Alam menegaskan, kerajaan akan sentiasa mencari jalan terbaik untuk membantu rakyat Selangor dengan memastikan bekalan barang keperluan dijual dengan harga yang berpatutan.

Ir. Izham yang juga Pengerusi AMANAH Selangor berkata, Kerajaan Selangor juga sedang meneliti beberapa perancangan jangka masa panjang untuk meningkatkan produkitiviti bekalan padi dalam negara. Situasi semasa yang berlaku menyedarkan Kerajaan Selangor untuk merencana satu intervensi yang lebih komprehensif dalam menambahkan jumlah keluaran padi negara. Meskipun ketidakcukupan bekalan bukanlah satu perkara baharu memandangkan sebelum ini negara pernah mengalami kekurangan bekalan minyak sawit, minyak masak dan cili. Tambahnya, intervensi ini dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk membuka penempatan baru bagi meningkatkan hasil tanaman padi beras.

Dalam masjlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari itu, Kerajaan Selangor juga turut menyediakan bekalan beras kampit 5kg dengan harga yang berpatutan. Bekalan beras yang terjejas akibat pelbagai faktor diatasi dengan penyediaan beras tempatan oleh Kerajaan Negeri. Outlet penjualan beras tersebut boleh disemak melalui laman portal PKSP. – SelangorToday

Exit mobile version