Abbas Adzmi yang merupakan Pengarah Sumber Manusia AMANAH Selangor antara yang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk disoal siasat berkaitan sokongan Pemuda AMANAH yang menyokong demonstrasi Tangkap Azam Baki. Selain Abbas, Peguam Muda AMANAH, Fadhli Umar dan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Zubair Rahim.
Dalam sidang media Pemuda AMANAH Nasional 18 Januari yang lalu, Fadhil, Abbas dan Zubair menyatakan sokongan kepada demonstrasi Tangkap Azam Baki di Ibu Kota sabtu ini 22 Januari 2022. Kata Fadhil, Pemuda AMANAH akan mengerahkan 1,000 orang peserta dalam demonstrasi dan menempatkan 20 orang peguam untuk memantau perjalanan demonstrasi.
Demonstrasi Tangkap Azam Baki itu diadakan bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki. Namun, polis memaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka.