SelangorToday

DICABAR PEMPENGARUH TERNAMA, IR.IZHAM TETAP MENANG BERGAYA DI PANDAN INDAH

Pengerusi AMANAH Selangor, Ir. Izham Hashim selaku calon HARAPAN N21 Pandan Indah berjaya mempertahankan kemenangannya buat kali kedua dalam Pilihan Raya Negeri Selangor kali ini. Beliau yang sebelum ini berjaya menyingkirkan penyandang kerusi daripada PAS pada PRU ke-14, kali ini dicabar oleh pempengaruh ternama, Fazil Mohamad Dali dari PN, Lisa Redzuan dari MUDA dan Sivaneswaran selaku calon BEBAS. Namun cabaran yang diterima tidak menggugat kedudukan Ir. Izham apabila beliau berjaya meraih jumlah undi tertingga sebanyak 27,878 undi meninggalkan jauh pencabar beliau dengan majoriti 10,591 undi.

Ir. Izham sebelum ini merupakan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor mengetuai 9 calon AMANAH yang bertanding di Selangor. Beliau yang juga Bendahari AMANAH Nasional telah menjalankan banyak inisiatif membantu rakyat termasuk Jelajah Ehsan Rakyat dan Inovasi Pertanian Moden di Selangor. baru-baru ini sahaja dibawah portfolio beliau, Selangor meluluskan peruntukan untuk menurap semua jalan-jalan negeri bagi meningkatkan keselesaan rakyat Selangor.

Ir.Izham yang telah menerajui AMANAH Selangor buat penggal kedua berjaya mengekalkan beberapa kemenangan DUN dan Parlimen buat AMANAH di Selangor. Ia berbeza dengan pukulan keramat yang menumbangkan semua calon AMANAH di Terengganu dan Kedah. – Selangor Today

Exit mobile version