SelangorToday

DIDAKWA KETIKA ZAMAN PN, HARI INI SYED SADDIQ DIDAPATI BERSALAH ATAS 4 PERTUDUHAN

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihukum penjara tujuh tahun, denda RM10 juta beserta dua sebatan. Hukuman diputuskan selepas dia didapati bersalah atas empat tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.Keputusan dibuat hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didapati bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada melakukan jenayah. Kesalahan didakwa berlaku pada 2020.Hakim bagaimanapun membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara rayuan dibuat.

Sebelum ini Syed Saddiq yang juga bekas Ketua ARMADA BERSATU didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai 2021 itu pernah mendakwa bahawa pertuduhan yang dikenakan kepada beliau disebabkan oleh keengganan beliau memberikan sokongan kepada parti pemerintah ketika itu. Kata Presiden MUDA itu, pada 5 Ogos 2021 seorang Timbalan Menteri tampil meminta sokongannya kepada Perikatan Nasional (PN) sebelum pendakwaan dilakukan terhadapnya di Mahkamah. – SelangorToday

Exit mobile version