SelangorToday

DILANTIK PENGERUSI MAJLIS TINDAKAN OKU SELANGOR, DANIAL TEKAD PERKUKUH SOKONGAN DAN PERKHIDMATAN

Salah seorang ahli Dewan Negeri Selangor, iaitu Danial Al-Rashid Harun bertekad untuk memperkukuhkan sistem sokongan dan perkhidmatan Orang Kurang Upaya(OKU) di Selangor telah diberikan kepercayaan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor(MTOS). Kata beliau, perlantikan tersebut diterima sebagai satu tanggungjawab dan akan dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan serta komitmen yang tinggi memperjuangkan hak-hak serta meningkatkan kualiti hidup OKU di Selangor. Berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor serta Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, Danial akan memikul tugas tersebut untuk sesi 2024-2026.

Selain memperkasakan sistem sokongan dan perkhidmatan, Danial berazam untuk meningkatkan kesedaran masayarakat tentang isu-isu yang dihadapi oleh golongan OKU. Beliau yang juga Ketua Pemuda AMANAH Selangor mahu akses golongan OKU kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pekerjaan dan kemudahan awam perlu diperkukuhkan selain menyediakan peluang pembangunan kendiri yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Peranan MTOS perlu diefektifkan sebagai platform mengumpul pandangan dan keperluan OKU.

ADN Batu Tiga itu mahu menjadikan MTOS sebagai jurubicara golongan OKU di negeri tersebut. Beliau bersedia bekerjasama dnegan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan(NGO), syarikat swasta dan masyarakat awam untuk memastikan keperluan OKU diambil kira dalam setiap perancangan dan pelaksanaan program pembangunan. Beliau berjanji akan berusaha sepenuh hati demi kesejahteraan OKU dan kemajuan Selangor yang inklusif. – SelangorToday

Exit mobile version