SelangorToday

DR. AHMAD YUNUS TEGUR KENYATAAN SALAH SETIAUSAHA PAS

Pesuruhujaya PAS Selangor, Dr. Ahmad Yunus bin Hairi tampil memberikan penjelasan beliau berkaitan kehadiran beliau mewakil  PAS ke Istana Bukit Kayangan seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini. Sebelum ini Sultan Selangor mengarahkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar tidak menyekat program Festival Bon Odori yang akan diadakan pada 16 Julai ini. Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dewan Ulamak PAS Pusat dikatakan menjadi penyebab Sultan Selangor menitahkan PAS menghadap baginda.

Pertemuan tersebut mendapat komen dan penjelasan Setiausaha PAS Selangor,Roslan Shahir Mohd Shahir dengan dakwaan dalam pertemuan itu juga pihak istana mahu tahu pendirian PAS mengenai festival Bon Odori. Roslan juga dalam laporan itu mendakwa hubungan di antara PAS dan Istana Selangor tidak menghadapi sebarang masalah.

Disebabkan kenyataan tersebut, Dr. Ahmad Yunus terpaksa membetulkan kenyataan tersebut bahawa pertemuannya bersama Sultan Selangor pada Selasa lalu hanya untuk mendengar titah baginda. Beliau berkata tiada sebarang perbincangan berlaku antara beliau dan Sultan Sharafuddin. Malah Dr. Ahmad Yunus menafikan kenyataan Setiausaha PAS Selangor  yang dikeluarkan oleh media massa.

Exit mobile version