Mantan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor telah menganjurkan Program Sihat Kuala Selangor yang dinamakan Program Kempen Derma Darah dan Sihat Ijok 2022 serta Kayuh Berbasikal di Ijok Kuala Selangor. Program yang diadakan pada Ahad itu menganjurkan banyak aktiviti yang tertumpu kepada kesihatan khusus bagi penduduk Ijok dan seluruh Kuala Selangor. Dr. Dzulkefly selaku anggota Majlis Kesihatan Awam Negeri Selangor telah mendahului ahli parlimen lain dalam menganjurkan aktiviti berbentuk pendidikan kesihatan kepada masyarakat umumnya. Sebelum ini, beliau bersama pasukan Pusat Khidmatnya pernah menganjurkan siri ziarah kesihatan disusuli dengan saringan kesihatan di rumah masyarakat yang berkeperluan di Ijok. Kini program kesihatan berskala sederhana ini diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ijok.
Dalam program tersebut, diadakan program Senamrobik untuk dijadiakan permulaan kepada program tersebut. Selain itu, Dr. Dzulkefly juga melancarkan program kayuhan berbasikal sekitar Ijok melibatkan jarak 10 kilometer daripada pelbagai umur. Turut diadakan program Saringan Kesihatan buat mereka yang ingin mengenal pasti tahan kesihatan mereka. Acara tumpuan bagi program tersebut adalah Program Dermah Darah. Mengikut makluman Pusat Darah Negara, sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, peraturan jumlah penderma darah telah berkurang dengan begitu banyak. Hal ini menyebabkan bekalan darah tidak mencukupi. Oleh itu, Dr.Dzulkefly melihat program ini wajar diadakan lebih kerap dan secara besar-besaran bagi mendorong masyarakat kembali menderma darah.
Mengulas mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang bakal dibentangkan di Parlimen minggu ini, Dr. Dzulkefly berkata, beliau akan terlibat sama dalam membahaskan RUU ini di Parlimen. Semestinya beliau akan mengambil kira pelbagai pandangan masyarakat untuk penguatkuasaan akta tersebut. Tumpuan utama adalah proses pendidikan kepada masyarakat harus diutamakan sama seperti bagaimana larangan merokok ditempat awam diperkenalkan dibawah kepimpinan beliau. Oleh itu, banyak perincian yang harus dipertimbangkan dalam RUU tersebut, maka AMANAH tidak akan sesekali melepaskan peluang ini untuk bersama-sama membentuk dasar yang baik dan sihat.