SelangorToday

LAPORAN KHAS | DR. DZULKEFLY TIDAK AKAN MENGIKUT SENTIMEN DALAM MENGURUS ISU COVID-19

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa sebarang tindakan yang dilakukan oleh beliau bersama pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dalam menangani isu Covid-19 berpaksikan kepada data pembuktian yang diperoleh oleh KKM bukan mengikut sentimen dan emosi. Ketika membuat penggulungan dalam Konvensyen AMANAH Nasional 2023 di Klang, Dr.Dzulkefly menyatakan beliau menghadapi tekanan daripada masyarakat dalam isu Covid-19 seperti mana Mohamad Sabu selaku Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menghadapi isu kekurangan bekalan telur dan ayam. Namun ahli parlimen Kuala Selangor itu menegaskan, ia tidak akan menggangu fokus beliau dalam menguruskan hal tersebut mengikut petunjuk yang relevan sebagai panduan.

Tambah Pengarah Strategik AMANAH itu, beberapa petunjuk perlu diambil kira bagi mengukur tahap Covid-19 di Malaysia, antaranya selain jumlah kes, KKM juga melihat kepada kes kematian, jumlah kes yang ditempatkan di ICU dan keupayaan fasiliti kesihatan menampung pesakit Covid-19. Dengan beberapa petunjuk tersebut, ia boleh dijadikan asas kepada KKM untuk bertindak. Ketika menyinggung berkiatan pengguguran GEG dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, Dr. Dzulkefly memohon kemaafaan akibat pengguguran elemen tersebut namun akan terus berusaha bagi memastikan kelompok yang tidak merokok dilindungi.

Mengetuai badan strategik parti, Dr. Dzulkefly berkata kadang kala AMANAH perlu mengalah bagi memastikan pakatan yang dianggotai menang dalam Pilihan raya Umum. Contohnya Dr. Dzulkefly berkata Pulau Pinang antara negeri yang diperuntukkan hanya 2 kerusi sahaja dalam PRN lalu, dan mampu menang 3 kerusi. Meskipun sedikit jumlahnya, apakah AMANAH tidak menyedari bahawa dengan kejayaan memenangkan semua parti dalam gabungan memberikan peluang kepada ahli AMANAH untuk duduk dalam ahli majlis, mengetuai agensi dan lain-lain jawatan. Maka beliau bertegas, bahawa strategis parti selaku mengalami tekanan daripada ahli namun percayalah ia adalah semata-mata untuk menempatkan AMANAH pada posisi yang memanfaatkan parti. – SelangorToday

Exit mobile version