SelangorToday

DR. DZULKEFLY TURUN AGIH SUMBANGAN LEWAT MALAM

Kira-kira ham 11.30 malam 24 Disember 2021, Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Datuk Seri Dr.Dzulkefly Ahmad bersama pegawai-pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Selangor telah turun datang memantau dan melihat sendiri situasi terkini yang berlaku di Kuala Selangor.

Beliau berbaju T-Shirt Kontinjen Harimau Malaysia meredah banjir yang masih berada pada paras lutut. Beliau memantau situasi banjir di Kampung Asahan, Batu 8, Bestari Jaya dimana beliau adalah ahli parlimennya.

Beliau telah bertemu masyarakat yang sedang memantau situasi kampung tersebut termasuk paras air di sana. Beliau telah menyampaikan agihan tilam toto kepada pemuda kampung asahan. Keprihatinan Pengarah Strategik AMANAH yang juga mantan Menteri Kesihatan itu bagi memastikan mangsa banjir dan petugas sukarela disana terjamin kebajikan mereka. Situasi yang genting ini memerlukan usaha bersepadu daripada pemimpin setempat bagi memastikan proses pemulihan banjir dapat dijalan sehingga selesai.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version