SelangorToday

DR. MARIAH AGIH TILAM TAJAAN MBI DI SERI SERDANG

Naib Presiden AMANAH, Yang Berhormat Dr. Siti Mariah Mahmud turun ke kawasan beliau di Seri Serdang untuk menyampaikan bantuan tilam kepada mangsa banjir yang terkesan hujung tahun lalu. Dr. Siti Mariah yang juga Exco Kesihatan Awam, Wanita dan Perpaduan itu mengagihkan sumbangan yang ditaja oleh MBI melibatkan 100 unit tilam dan bantal.

Program agihan tersebut juga melibatkan kawasan Kampung Sri Aman dan Kampung Tengah yang mengalami banjir teruk pada pertengahan bulan disember tahun lalu. Turut bersama-sama dalam program tersebut adalah Biro Pendidikan Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan juga edaran beras sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

NGO juga mengagihkan makanan kering kepada mereka. Pastinya agihan ini dapat melepaskan lelah mereka atas musibah yang melanda mereka sebelum ini.

Exit mobile version