SelangorToday

DR. MARIAH KOMITED WUJUDKAN PERSEKITARAN DAN KOMUNITI SOKONGAN KEPADA PESAKIT KANSER

Sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut 4 Februari yang lalu, Yang Berhormat Dr. Siti Mariah Mahmud memberikan komitmen sepenuhnya untuk mewujudkan persekitaran dan komuniti sokongan kepada pesakit kanser di Selangor. Dalam ucapan sempena Hari Kanser Sedunia, di laman sosial beliau yang juga Exco Kesihatan Awam, Wanita & Keluarga dan Perpaduan Selangor menegaskan betapa pentingnya persekitaran dan komuniti sokongan kepada pesakit kanser dalam membantu proses rawatan dan pemulihan.

E-Poster Ucapan Dr. Siti Mariah sempena Hari Kanser Sedunia

Tambah Naib Presiden AMANAH itu, bermula tahun lalu, Kerajaan Negeri telah memberikan komitmen terhadap inisiatif City Cancer Challenge (CCAN) untuk membangunkan solusi penjagaan kanser yang mampan. Beliau menyatakan bandar Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya antara bandar yang terlibat dalam merancang dan melaksanakan usaha ini diperingkat tempatan.

Ahli Dewan Negeri Seri Serdang itu memaklumkan, Negeri Selangor bakal memperkenalkan Program Kanser Selangor iaitu CanSEL yang menumpukan kepada penyediaan kemudahan ujian pengesanan awal meliputi Mammogram, Kolorektal dan Prostat kepada rakyat negeri ini. Sambutan Hari Kanser Sedunia disambut bagi memperingatkan kita semua untuk menilai adakah masih wujud jurang kanser atau ‘gender gaps’ di negara kita.

Exit mobile version