SelangorToday

DR. MARIAH SAMPAI HASRAT DI BENGKEL KOORDINATOR SUKA

Exco Kesihatan Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud menyatakan hasrat besarnya kepada kewujudan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor – SUKA  semasa menyampaikan ucapan di Bengkel Koordinator SUKA baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa kepada semua Koordinator SUKA agar mereka tetap komited untuk memberikan perkhidmatan dan menjalankan aktiviti berkaitan kesihatan awam yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Sebelum itu dalam Laman Sosial Naib Presiden AMANAH itu, beliau menyatakan bahawa SUKA sangat dekat dihati beliau. Semasa negara mengalami waktu yang sukar dikala Pandemik melanda, beliau memikirkan kebaikan jika adanya sukarelawan kesihatan yang membantu kerajaan meminimakan risiko kesihatan awam, oleh itu beliau menubuhkan SUKA pada tahun 2021. Jelas SUKA terbukti berperanan membantu Kerajaan Negeri mengawal pandemik Covid-19 dengan melaksanakan aktiviti dan memberi perkhidmatan yang bersesuaian di peringkat komuniti.

Keyakinan ADN Seri Serdang itu, SUKA akan mengorak langkah pada tahun 2022 seiring dengan agenda memperkukuh kesihatan awam. Pada tahun ini, pelbagai aktiviti yang telah dirangka oleh SUKA di kesemua 56 DUN seluruh negeri. Berkaitan Bengkel Koordinator SUKA, ara SUKA dibekalkan dengan input-input penting daripada para pembentang dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta wakil agensi pelaksana. Turut dilaksanakan sesi perbincangan bersama Ahli Majlis mewakili 12 PBT khusus bagi membincangkan peluang kerjasama di antara PBT dan SUKA.

Exit mobile version