SelangorToday

DR.MASZLEE CADANG BEBERAPA KAEDAH ATASI MASALAH BERAT BEG MURID

Mantan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik mencadangkan agar pengunaan e-buku atau electronic book digunakan menggantikan buku teks fizikal yang digunakan sekarang ini. Cadangan itu dilontarkan setelah melihat isu beg berat di peringkat sekolah rendah dan menengah masih belum selesai. Kata beliau, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memaksa sistem pendidikan diolah berpaksikan nilai pendigitalan berbanding kaedah semasa.

Dr. Maszlee Malik, Mantan Menteri Pendidikan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam menyatakan kerajaan harus bersedia meneroka kaeda-kaedah yang lebih efisien untuk mengatasi beban beg berat kepada murid-murid. Buku-buku teks dalam bentuk digital boleh dimuat turun di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, maka ia lebih mudah untuk diakses oleh murid-murid. Manakala murid yang tiada akses barulah buku teks fizikal akan diedarkan, tambah beliau.

Dr. Maszlee mahu keperluan kuasa autonomi diberikan kepada pengurusan sekolah dan guru untuk menentukan cara pengajaran terbaik berdasarkan keperluan masing-masing. Beliau yakin Malaysia mempunyai guru-guru yang kreatif, maka ruang harus diberikan kepada mereka untuk mengolah proses pembelajaran sesuai dengan kelas mereka tanpa terikat dengan Putrajaya.

Exit mobile version