SelangorToday

DR. MASZLEE IMBAU KEJAYAAN PH TAMBAH KUOTA B40 KE ASRAMA PENUH

Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik mengimbau semula kejayaan Pakatan Harapan dalam meningkatkan jumlah kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Matrikulasi kepada golongan B40. Berdasarkan laman sosial beliau, beliau menayangkan tangkap layar kenyataan beliau semasa memimpin Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pertambahan kuota tersebut.

Beliau berkata, inisiatif ini merupakan langkah kerajaan PH untuk memperkasakan pendidikan rakyat golongan B40. Dalam tangkap layar tersebut, PH mengutamakan agenda pendidikan khsusnya kepada golongan B40. Oleh itu, hasil rundingan dan rombakan beberapa dasar pendidikan, Dr. Maszlee dan timbalannya Teo Nie Ching berjaya menambah kuota kemasukan ke SBP dan matrikulasi sehingga 60%.

Manakala diperingkat Institusi Pengajian Tinggi pula, satu laluan khas disediakan kepada pemohon dari golongan B40 untuk memastikan mereka juga diberikan tempat untuk ke IPT tanpa sebarang dikriminasi dari aspek kelayakan mahupun kedudukan ekonomi sesorang. Usaha ini membuktikan bahawa kerajaan PH yang dibentuk selepas menang PRU ke-14 lalu sangat menekankan aspek pendidikan yang sangat terkebelakang dibawah era pemerintahan BN. Jika kerajaan PH tidak dijatuhkan, pastinya banyak lagi usaha yang telah dan akan dilakukan memberi manfaat kepada masyarakat.

Exit mobile version