SelangorToday

DR. MASZLEE PERSOAL NASIB PROJEK PEMULIHAN SEKOLAH DAIF BAWAH KPM

PUTRAJAYA, 2 Jan -- Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada sidang media khas yang diadakan di Lobi Blok E8 Kompleks E Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya hari ini. Pengumuman itu dibuat selepas Maszlee mengadakan perjumpaan rasmi bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira jam 2.30 petang tadi. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bekas Menteri Pendidikan dibawah era Pakatan Harapan, Dr. Maszlee Malik mempersoalkan perkembangan terkini proses pemulihan sekolah-sekolah daif dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui kenyataannya dalam laman sosial beliau, Dr. Maszlee berkata apa khabarnya perkembangan sekolah-sekolah daif ini, memandangkan semasa era PH dahulu, perkembangan sekolah daif ini selalu dipaparkan di media massa termasuk dibentangkan di Dewan Rakyat. Malangnya, hari ini situasi terkini sekolah-sekolah daif ini tidak diketahui perkembangannya.

Dr. Maszlee Malik antara menteri Pendidikan yang berjaya memulihkan sekolah-sekolah daif

Sebelum itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menyinggung isu sekolah daif apabila skandal solar yang digunakan untuk pembangunan infrastruktur sekolah-sekolah di Sarawak menemui jalan penamat apabila yang didakwa melibatkan bekas isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman. Dr. Maszlee berhujah jika dahulu, adanya sebuah dashboard disediakan oleh pihak KPM yang boleh dijadikan semakan oleh pihak Menteri sendiri untuk melihat perkembangan terkini sekolah daif. Umum melihatkan skandal solar yang melibatkan sekolah-sekolah di Sarawak menjadi pentunjuk bahawa pendidikan negara masih memerlukan rombakan menyeluruh yang melibatkan kemudahan infrastuktur pendidikan yang baik.

Tambah Ahli Majlis Pimpinan Pusat(MPP) KEADILAN itu lagi, apakah status peruntukan RM 1 bilion yang telah diperuntukkan oleh kerajaan PH dahulu melalui pelupusan hutang kerajaan negeri Sarawak? Selain itu, adakah agenda mengangkat kedudukan pendidikan di Borneo telah dipandang sepi? Dan adakah sekolah-sekolah daif akan berterusan dipandang sepi dan tidak diberikan perhatian oleh kerajaan dan menteri? Tegas Dr. Maszlee, perjuangan memulihkan keadaan pendidikan negara masih jauh, malangnya menteri kanan dan timbalan-timbalan menterinya takut untuk hadir apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen. – Selangor Today

Exit mobile version