TImbalan Presiden AMANAH, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengingatkan Pemuda AMANAH tentang keberanian dan keyakinan Pemuda Al-Kahfi dalam meninggalkan kejahilan demi menyelematkan akidahnya.
Semasa berucap ketika merasmikan Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional sesi 2024 di Klang, Dr. Mujahid berkata seharusnya Pemuda AMANAH tidak marasa ragu-ragu terhadap perjuangan AMANAH yang memperjuangkan nilai Islam Rahmatan Lil Alamin. Memetik Surah Al-Kahfi ayat 13, beliau menyeru kepada Pemuda menyakini perjuangan yang dibawa oleh AMANAH meskipun dikecam dengan pelbagai tohmahan sebagai parti yang menumpang-numpang dan parti yang tidak membela Islam.
Pengerusi Pakatan Harapan Perak itu percaya bahawa Islam Rahmatan Lil Alamin sebagai tonggak AMANAH bergerak akan dijadikan nilai asas yang diterima oleh masyarakat Malaysia dan dunia kelak.
Pun begitu, Dr. Mujahid turut menyatakan kepekaan Pemuda AMANAH dalam mengenal keadaan sebenar politik lapangan amatlah menjadi keutamaan. Sebagai Pemuda, peribahasa ‘berpijak dibumi yang nyata’ perlu dipegang supaya Pemuda AMANAH akan terus mengenalpasti kedinamika politik Malaysia dan merangka langkah bersesuaian untuk berhadapan dengan perubahan-perubahan yang berlaku.
Sebaliknya, jika Pemuda lemah longlai diatas pertarungan mencari keuntungan politk semata-mata termasuk berebut-rebut inginkan mendapat jawatan akan menyebabkan Pemuda AMANAH menemui kegagalan. – SelangorToday