SelangorToday

DR.MUJAHID TEMPELAK PAS CUBA TERUS FTINAH ISU LGBT

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Dr. Mujahid Yusof Rawa menempelak tindakan penyokong dan pimpinan PAS yang masih menuduh kepimpinan Dr. Mujahid dahulu menyokong amalan LGBT. Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau, Dr. Mujahid mendapati petikan tulisan di laman rasmi Facebook dan Twitter PAS yang bertajuk Mantan Menteri Agama PH Sokong LGBT? Meskipun sebaran ini dengan tanda persoalan, ternyata ia diwujudkan untuk menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang Islam bahawa Dr. Mujahid telah menyokong amalan songsang tersebut.

Jawab Dr. Mujahid lagi, beliau telah menang dalam kes saman fitnah terhadap lidah rasmi PAS iaitu HARAKAH kerana mendakwa Dr. Mujahid menyokong LGBT. Malah Dr. Mujahid memaparkan keratan akhbar dimana wartawan HARAKAH yang kalah dalam kes saman fitnah itu memohon maaf atas dakwaannya kepada Dr. Mujahid. Semakin dengan hari penamaan calon dan pembuangan undi, semakin kuat isu agama dan perkauman dimainkan oleh pihak PAS. Kegagalan PAS membuat anjakan baru dalam perihal agama Islam di Malaysia telah melumpuhkan modal mereka untuk mempengaruhi pengundi untuk menyokong mereka. Akhirnya usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menakutkan orang melayu Islam dengan menuduh menteri yang terbukti berjaya mengendalikan hal ehwal Islam di Malaysia dengan dakwaan tak berasas.

Dr. Mujahid berharap agar semua pihak khususnya PAS untuk menghentikan budaya ini yang jelas telah mencemarkan imej PAS sebagai parti berasaskan agama Islam malah membelakang seruan menteri Agama mereka yang menyeru orang ramai untuk tidak menyebarkan fitnah. Jelas Naib Presiden AMANAH itu, kemenangan beliau dalam kes saman fitnah itu membuktikan bahawa Dr. Mujahid bersama partinya dan HARAPAN tidak sesekali menyokong amalan LGBT. – Selangor Today

Exit mobile version