Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama Islam), Dr. Mujahid Yusod Rawa secara konsisten untuk memastikan Akta Perpaduan Nasional dikuatkuasakan. Ketika membentangkan ucaptamanya, dalam Konvensyen Nadwah Ulama Nahdhah Al Jadidah (NUNJI) 2023 yang berlangsung di Shah Alam, Dr.Mujahid selaku pengerusi menjelaskan bahawa penguatkuasaan akta tersebut untuk menjenayahkan elemen-elemen berunsur permusuhan antara kaum dan agama. Cadangan itu diiringi dengan penubuhan Suruhanjaya Perpaduan Nasional yang menjalankan tanggungjawab mendidik, mediasi da mengambil inisaitif bagi menjayakan Perpaduan Nasional.
Antara cadangan lain yang dicadangkan oleh beliau adalah menangani era post-truth iaitu era memaintakan sentimen dan emosi dalam media sosial seperti Tiktok dan Facebook. Hal ini demikian kerana, sentimen yang dimainkan jelas mengandungi unsur fitnah, pembohongan yang boleh mencetuskan ketegangan dan kebencian kaum dan agama. Bertemakan ‘Kerangka Perpaduan Berteraskan Rahmatan Lil Alamin’, konvensyen tersebut juga mencadangkan usaha mencapai konsensus nasional melalui perundingan berterusan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik pembangkang agar kata sepakat dapat dicapai perlu diteruskan. Ia merangkumi usaha pemulihan ekonomi, sosial dan demokrasi.
Selain Dr. Mujahid sebagai pengucaptama, konvensyen telah dirasmikan oleh Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang. Beberapa nama-nama besar juga mebentangkan kertas kerjanya dalam konteks politik dan perpaduan termasuk Hisommuddin Bakar(Ilham Centre), Dr. Mohammad Agus Yusoff(Penganalisis Politik), Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman(Pendakwah Bebas), Dr. Rais Hussin Haji Mohamed Ariff(EMIR Research) dan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar(Pengamal Media). Ucapan penutup disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Naib Presiden AMANAH. – Selangor today