Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud bertekad untuk membangunkan potensi dan kapasiti anak-anak muda di Negeri Selangor. Dr. Siti Mariah yang sebelum ini tonggak utama dalam pelaksanan Selangor Vaksin dan Selangor Saring yang khusus menumpukan kepada proses pemerkasaan sektor kesihatan dan budaya sihat di Selangor meneruskan tekadnya untuk membantu golongan anak muda khususnya wanita bagi membina kerjaya mereka. Naib Presiden AMANAH itu memimpin 2 portfolio utama negeri iaitu Perpaduan dan Wanita serta Keluarga. Oleh itu, Dr. Siti Mariah sedang berusaha untuk merangkul semua agensi dibawahnya untuk memaksimumkan kesan baik kepada rakyat.
Baru-baru ini Ahli Dewan Negeri Seri Serdang ini telah mengadakan pertemuan dengan anak-anak muda Selangor Youth Community (SAYS). Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Anak-Anak Istimewa Selangor (ANIS), Danial Al- Rashid Harun itu berbincang tentang beberapa program khususnya untuk anak-anak dan wanita-wanita muda. Ia juga juga menumpukan kepada golongan yang berisiko seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagainya. Dr. Siti Mariah bertegas memastikan tiada siapa yang akan terpinggir daripada perhatian kerajaan negeri Selangor pimpinan HARAPAN terutamanya golongan minoriti seperti OKU. Malah kerajaan negeri sentiasa memberikan penekanan kepada mereka agar kehidupan mereka lebih selesa dan terjamin.
Dr.Siti Mariah juga yakin berbekalkan input dan cadangan yang diberikan dalam pertemuan dengan anak muda SAYS akan dijadikan asas penting untuk kerajaan Negeri membina pelbagai dasar yang lebih mesra anak muda wanita khususnya golongan OKU. Mengikut rekod semasa, Selangor merupakan negeri yang paling banyak menyediakan inisiatigf kepada golongan OKU. Oleh itu, tekad kerajaan negeri perlu mendapat sokongan rakyat Selangor. – Selangor today